TUTONG TOWN, Tuesday, 25 July 2023 – It was a proud moment for Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF), Support Battalion RBLF and School of Infantry (SOI) RBLF to come together with the Tutong District communities to meet and greet His Majesty on his 77th Birthday. Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat or Meet and Greet event was held today at the Community Hall, Tutong Town.
The celebration began with the singing of the national anthem, "Allah Peliharakan Sultan" and followed with performances by students and youth members. His Majesty then toured the booths, where he was greeted by senior citizens, frontliners, residents, and representatives from Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
Upon arrival at RBAF booth, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family were greeted by Colonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of Training Institute RBAF, Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander RBLF and Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of 2Bn RBLF. Also present were officers and personnel of 2Bn RBLF, Support Battalion RBLF, SOI RBLF as well as Training Institute RBAF personnel. Next, His Majesty and the Royal Family attended a luncheon before leaving the celebration.
For Brunei Darussalam, the Sultan is depicted as the “Payung Negara" (shelter for the nation), which symbolises harmony, solidarity and prosperity of the country.
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT DI DAERAH TUTONG
PEKAN TUTONG, Selasa, 25 Julai 2023 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB), Batalion Bantu TDDB dan Sekolah Infantri (SI) TDDB dengan penuh sukacita dan berbangga bersama rakyat dan penduduk Daerah Tutong menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 tahun. Majlis tersebut telah berlangsung pada hari ini di Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong.
Sambutan dimulakan dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan diikuti dengan beberapa persembahan daripada penuntut-penuntut dan majlis belia. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian dijunjung berangkat bagi melawat khemah-khemah yang terdiri daripada warga emas, barisan hadapan dan penduduk-penduduk Daerah Tutong termasuk warga ABDB.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia beserta Kerabat Diraja ke khemah ABDB telah disambut mesra oleh Kolonel Pengiran Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan ABDB, Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB dan Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota 2Bn TDDB, Batalion Bantu TDDB, SI TDDB dan Institut Latihan ABDB. Sebelum berangkat balik, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta Kerabat Diraja dijunjung berangkat bagi Majlis Santap.
Bagi Negara Brunei Darussalam, Sultan melambangkan Payung Negara iaitu tempat berlindung seluruh rakyat dan penduduk yang melambangkan keharmonian, perpaduan dan keamanan negara.